Kidzania


















Hari khamis yang lalu, kami bawa anak anak kecil ini ke Kidzania. Seronok bukan main lagi, pertamanya sebab dapat naik bas..kedua dapat pergi ke Kidzania..

Masa mula mula masuk, semua dah tak dengar arahan sebab teruja dengan pemandangan di dalam kawasan tersebut yang berbumbungkan langit yang biru. Masuk je semuanya teruja dengan pemandangan sekeliling dari bawah sampai ke atas langit....

Kami antara kumpulan yang masuk awal pada hari tersebut, tetapi kehadiran pengunjung agak luar biasa ramainya pada hari itu mungkin kerana tarikh promosi berakhir pada hari itu, dan keduanya semalam adalah hari ulangtahun Kidzania yang pertama, jadi memang ramai sangat pengunjung.

Setelah berbahagi dengan Salina, dia bawa 10 pelajar dan 8 orang akan bersama denganku, tapi semuanya  kategori yang hero hero....kecuali si Mikhail dan Raja...Mula mula kena 'Q" di tempat Bomba....semuanya nak jadi ahli bomba sebab teruja dengan kereta bomba yang ada dekat situ...dekat 40 minit juga menunggu, barulah boleh naik, itupun kena tunggu 2 trip sebab sekali naik cuma 6 orang dan memakan masa 20 minit sekali trip.

Lepas tu bawa pi tempat polis pula, menunggu lagi....bila dah masuk dan buat pusingan sekeliling Kidzania, last sekali Huzaimi dengan Rafiqi hilang....jenuh juga la keliling tempat tu mencari mereka berdua...rupanya mereka dah sampai dulu kat balai tempat masuk tadi...fuhhh lega....

Last sekali bawa mereka ke Air Asia...sekali lagi kena menunggu, juga lebih lama sebab kena 2 trip sebab bilangan pelajar yang  terlalu ramai. menurut cerita c Salina, Ahmad Asyraf bercerita si Peramugari tu sampai menangis bila turn anak anak kita, sebab mereka masuk beramai ramai ke tempat Pilot...dan akhirnya dia tak dapat kontrol mereka dan menangis...sebabnya si Pilot tu yang bagi mereka masuk....mesti dia ni tak boleh kerja dengan kanak kanak..

Kesimpulannya, memang banyak benda menarik di Kidzania, tapi bila dah ramai sangat...keseronokan itu tidak dapat dinikmati sepenuhnya kerana terpaksa menunggu...menunggu dan menunggu...


No comments: