Cerita keguguran dan berpantang.

Hari ini hari kedua bercuti kerana keguguran. Ini juga adalah keguguran kali keduaku selepas kali pertama pada tahun 2010. Kali ini aku tidak terasa sangat kerana ini kandungan yang memang tidak dirancang. Terkedu jugalah masa buat UTC sendiri yang positif. Berjela jela senarai yang bermain difikiran..Kali pertama aku memang terasa dan sedih sangat. Satu hari jugalah menangis sendirian.....nak buat macamana, lasak sangat sampai lupa diri aku mengandung.

Semalam masa buang air besar, keluar seketul daging sebesar cokelat Ferrero tu....minta Nurin ambilkan plastik dan simpan untuk dibawa ke Hospital. Sempat jugalah snap, tapi tak nak kongsikan di sini....sebab agak mengganggu kepada orang yang akan melihat, (ada ke orang baca blog ni agaknya)....tapi aku melihat juga gambar yg dikongsikan oleh blogger lain yg menghadapi masalah yg sama...itu semua adalah pengetahuan buat diriku....

Sampai di Unit Kecemasan, aku disaring dan diambil keterangan...(macam buat laporan polis pula)....darah ok je.....sebab pagi tu stok pad dah habis, aku pi jalan ke RUKA nak beli pad....bila namaku dipanggil dan sekali lagi sessi temuramah dijalankan, bila tekanan darah diambil, kulihat turun sikit dari yg mula mula dimbil pagi tadi.

Aku diarahkan untuk pergi ke satu tempat yg aku tak tahu di mana....bila ditanya siapa yang hantar, ku kata suami tapi dah balik...ingatkan tak ada apa yg serius...rupanya waris diperlukan kerana aku perlu dihantar ke wad bersalin untuk proses selanjutnya...PK tu kata nanti dia hantar, dia ambil wheel chair dan suruh aku duduk, tp dia tak buka habis...aku pun nak duduk la....nasib baik ada PK lelaki tu tolong, nanti kak, kena buka habis dulu...alamak malunya, nampak sangat la tak berpengetahuan aku ni.

Aku pun disorong sambil terkulat kulat sebab aku boleh jalan lagi....bila kufikirkan, mungkin tekanan darahku rendah kot..tu yg kena naik wheel chair tu...jauh juga tempat tu....ku rasakan PK tu bawa dengan perlahan je..alamak berat sangat ke aku ni....rasa semacam je bila kita rasa sihat tapi disorong macam orang sakit.

Setelah berjumpa Dr dan melalui proses yang kena dilalui, masa scan ok lagi, tp bila nak check kat bawah tu yang ralat sikit tu..sebab Dr tu Dr lelaki cina....nak tak nak kena jugalah buka kangkang....Ini lah part yang paling tidak disenangi...tp terpaksa kena buat.

Dr kata rahim dah clear, alhamdulilah...........tak payah kena cuci....proses yang ingin kujauhi sebab tak tau apa yang akan berlaku kepada rahimku nanti....lagi satu aku fobia nak kena masuk wad.....sebab aku paling tak suka dengan air cond....kalau dah masuk wad, nak tak nak kenalah rasa air cond yg tak boleh dicontrol kesejukannya tu....

Sessi perbincangan di adakan, aku kata kandungan ini tidak dirancang. Dr kata boleh mengandung lagi tapi risiko sangat besar untuk perkara perkara ini:-

1. Keguguran berulang.
2. Risiko dapat anak Down Syndrom
3. Risiko tekanan darah tinggi dan Diabetes sangat tinggi.
4. Dan masalah masalah lain lagi.

Setelah berbincang, aku minta nasihat untuk ICUD....Dr tu siap printkan alamat klinik yang buat rawatan tu dibawah LPPKN. Lembaga perancangan keluarga. Tq dr....balik nanti kena slow talk dengan Mr hubby untuk dapatkan keizinannnya, sebab saya rasa dah cukup dengan tiga girl yang ada.
 
Bila dah selesai semua, satu perkara yang mengejutkan juga aku dapat MC dua minggu, alamak macamana dengan sekolah ni. Cikgu dah la tinggal dua orang je....tp aku pasti mereka boleh handle..cuma kedatangan waktu pagi tu je lah yang ralatnya...sebab mesti lambat.

Petang tu aku memang rasa kesakitan satu badan dan sakitnya memang lebih dari sakit bersalin, cuma kali ni sakitnya tak ada baby dan tidak sakit di bawah. Kaki sejuk dan berdenyut denyut..badan seram sejuk....aku pun memulakan proses pantangku. Pakai setokin, pakai tudung dan baju sejuk....

Maka bermulalah proses berpantangku......selepas menggoggle blog blog tentang keguguran aku ambil semua yang baik dan ambil pengajaran dari pengalaman mereka untuk kebaikan diriku..

Selamat berpantang kepada diriku...tp kerja sekolah tetap akan kubuat, hari sabtu ni ada mesyuarat RPH........jadi aku kena sediakan juga...tapi tak jadilah kami nak melawat Salina dan Sumaiyyah....


No comments: