Bengkel mendidik anak cara Nabi

Hari sabtu yang lalu, kami (bersama cikgu Salina dan Cikgu Seri) menghadiri bengkel Mendidik Anak Cara Nabi. Bengkel yang sangat menarik dan berguna untuk para guru dan ibu bapa hari ini.

Trainer ialah Ustazah Siti Khadijah, seorang guru sekolah Menengah yang sangat lemah lembut. Apa yang disampaikan adalah hasil dari pengalaman beliau bersama anak anak murid yang pelbagai ragam.

Tapi sessi berlangsung dengan sangat pantas, tak sempat nak bersoal jawap. Teringin nak bertanyakan soalan bagaimana menangani kanak kanak hyperaktif secara berkhemah seperti Nabi.

Insyaalah, apabila kelas bermula nanti akan kucuba mempraktikkan apa yang telah diberikan ketika bengkel ini. Walau ada suara suara negatif yang cuba mempertikaikannnya, akan ku cuba dahulu. Seperti kata Prof. Ruhaya...sentiasa berfikiran positif di dalam apa jua keadaan. Apa yang penting, kita mesti mencuba dahulu. seandainya tidak berjaya, mesti ada sesuatu yang kurang dalam diri kita sendiri. Insyaallah, tak sabar nak tunggu buka sekolah ni.

No comments: