Cuti cuti Malaysia

Cuti sekolah dah nak habis, tapi agak berbaloi bila cuti pertengahan tahun kali ini kami dapat merasai cuti yang benar benar cuti kerana dapat menghabiskan masa bersama sama terutamanya bersama encik suami. 

Minggu lepas, tepat jam 3 petang kami memulakan perjalanan ke Kelantan untuk menghadiri perkahwinan Fikah, anak saudaraku. Selepas je tol Gombak, abang tanya dengan anak anak, nak ikut jalan dekat ke jauh...Nurin kata nak ikut jalan shortcut abah. Ibu pula kurang bersetuju sebab telah diberitahu oleh Cik Siti bahawa esok Sabtu cuti mesti ramai orang Kelantan nak balik kampung.Tapi tidak pula berkata apa-apa.

Bila abang membelok masuk ke Jalan Kuala Lipis, hati ini sebenarnya kurang setuju tapi ibu diamkan sahaja. Ha kan dah kata...tak sampai 2 km, kereta dah berhenti....abang yang kelihatan kurang sabar pun apalagi, buat u turn... yey...ikut jalan Terengganu, boleh tengok pantai.

Sampai dekat tol apa ntah, kurang pasti pula, abang siap tanya kat jurutol tu jalan shotcut nak pi Kelantan...jurutol pun bagi direction...Akhirnya masuklah jalan ke Kuala Berang...ingatkan dekat...mak ai, jauh juga rupanya...Adylla dah berkali kali tanya bila nak sampai ni, kenapa la rumah mak long ni jauh sangat. Dah macam macam permainan kami main kat dalam kereta sampai dah habis ucara dah, tak juga sampai sampai.

Kami berhenti solat kat Masjid di Jabor. Sempat lah abang rehat kejap...sambil google map arah ke Kota Bharu....alhamdulillah Nurin terang hati nak baca map...nak harapkan ibu, ya ampun..memang ibu kurang reti nak baca map.

Makan malam berhenti di Ajil...fuh memang sedap  makanannya, ibu makan bihun goreng je...konon nak diet....he he he...boleh ke. Adylla makan burger, kena order 2 kali sebab yang pertama dia letak sos. si Adylla ni tak boleh makan pedas.

Akhirnya dekat pukul 2 pagi baru sampai ke rumah kak yah....sebelum sampai tu sempat juga la tengok simpang ke Wakaf Che Yeh....abang kata nanti kita pergi....abang berhenti kat gerai makan nak beli air....tu dia, sebungkus air teh tarik harganya RM1.80...mahal ke, entah la...kita ni jarang membayar, jadi tak tahu lah harga barang, tp abang kata mahal.

Malam tu tidur kat rumah kak yah....di sudut yang telah disediakan lebih awal....nanti sambung lagi cerita sebab tak boleh nak upload gambar. Broadband belum top up lagi...

No comments: