Cerita Mangga

Malam tadi kami berangkat ke Batangkali tepat jam 12:30 malam selepas abang selesai bertugas di Bilik Gerakan. Alhamdulillah jalan sangat lapang, tapi kenderaan masih banyak lagi. Pergi manalah mereka ni malam malam buta ni...

Dalam kepekatan malam sempat juga abang menjenguk ke pokok pelam kat luar pagar. Alhamdulillah ada 3 biji butir yang wujud abang kata.

Esok pagi barulah dapat melihat dengan jelas 2 butir yang masih sangat kecil dan sebutir yang dah agak besar,...mudah mudahan menjadilah hendaknya buah pelam tu...kalau tak dapat makan sebab posibility untuk dicuri sangat besar kerana di tanam di luar pagar....dapat melihat dia besar sikit jadilah...

Bertambahlah semangatku untuk berpindah ke rumah yang ada tanah ni...hai, entah bila lah agaknya kami dapat berpindah ke mari. Kalau abang dapat pindah ke Rawang pun jadilah....mesti kami dapat pindah ke mari..

Semoga cepat dapat pindah.   


No comments: