Musim demam dan Budak Hyperaktif

Semalam badan rasa sangat tidak sihat, Adylla juga dah sah demam. Hari Rabu tu memang tak bawa dylla pergi sekolah sebab dah terlewat...bila kawan kawan dia tanya kenapa Adylla tak sekolah, ku jawap Adylla demam....

Makbul sungguh kata kata seorang ibu ini, hari selasa memang sah Adylla demam. Hari ni abang bawa pi klinik, suhu badan dia naik 39.5 C.....doktor terpaksa masukkan ubat untuk mengurangkan kepanasan badannya. Terima kasihlah bang kerana mengambil alih tugas ibu menguruskan anak yang sakit. Ibu tak boleh tak datang sekolah. Cikgu Azma masih dalam cuti kahwin......kesian dengan cikgu Salina sorang sorang handle budak budak.

Hari ni juga cikgu Senah ni terjerit dengan kuatnya....ini gara gara si Huzaimi lah...siapa lagi kalau bukan dia...Tengah ralit mengajar anak anak mengambil air sembahyang...dia telah dengan selambanya menunjukkan pisau di tangan. Pisau tu diambil dari bakul cawan yang diletak di tempat makan....Ohhhh Huzaimi, kenapa kami berani sangat....

Hari ni juga dia telah menangis dengan bersungguh sungguh, kerana telinganya telah terhantuk ke bucu tangga. Dilanggar oleh si Aliff Imran yang berlari.......cemas juga la sebab melibatkan telinga yang amat sensitif. Mudah mudahan tiada kesan lanjut dari kecederaan ringan tersebut. Petang ni juga dah sms mak dia tentang kesederaan tersebut juga tentang kerja sekolah yang dia tak bawa balik

Huzaimi budak yang tidak boleh duduk diam, dari awal dia masuk sekolah...kami dah nampak dia memang budak hyper. Mak ayahnya juga mengakui anak mereka tu adalah ENERGIZER.....memang dia sangat hyper..masa rutin pagi, dia memang tidak akan duduk di dalam barisan....dia akan berjalan kesana kesini, berbaring dan mengganggu kawan lain yang sedang mengikuti sessi pagi...

Setelah lebih 5 minggu menghadpi Huzaimi...rasanya sesuatu perlu dilakukan untuk membantu Huzaimi supaya dia tidak tertinggal dalam pembelajarannya...

Tapi, untuk menghadapi parentnya....kena sediakan peluru yang secukupnya...supaya kedua dua pihak dapat saling bantu membantu untuk kebaikannya...

Sebenarnya dah lama nak jumpa dengan ibu bapa Huzaimi ni, tapi daria pemerhatian kami...kedua dua mereka sangat garang dan Huzaimi memang sangat takut dengan mereka..jadi tak sampai hati nak menyampaikan berita berita yang kurang menyenangkan tentang Huzaimi kepada mereka. Adakah sudah terlalu lewat untuk diberitahu tentang anak mereka atau masih perlu di buat alternatif lain untuk mengatasi masalah Huzaimi ni..

Tolong lah siapa siapa yang pernah menghadapi pelajar seperti ini....      

 

No comments: