Periuk Kaca Menangware

Hari ni masak sup telur dengan menggunakan periuk kaca Menangware. Kesnya sebab malas nak turun beli lauk kat kedai mamak. Lagipun nak mencuba periuk yang baru di beli semalam.

Sebelum masak kena google dulu resepi.....macam macam resepi keluar, tp gunapakai resepi yang paling simple. Lepas membuat sedikit pendekorasian semula suasana rumah sebab dah lama tak berkesempatan mendekorasi rumah yang menjadi kegemaranku. 

Haaaa....kat sebelah ni lah rupanya periuk kaca Menangware tu...sebenarnya masa balik kelantan hari tu, tengok koleksi periuk kaca Vision kak yah....tanya juga harganya satu set. RM 350...woo, tak mampu den nak mendapatkannya.

Kebetulan semalam abang beli pemanggang ajaib, cubalah tanya ada offer tak untuk periuk tu. Untuk abang yang dah taraf platinum dapatlah harga potongan 20%. kita tak minta, tanya je...tapi abang kata ambil lah....wah apa lagi...peluang keemasan ni. Terima kasih abangku.
Inilah rupanya sup telur yang kumasak dengan periuk kacaku. Resepi simple je....tumiskan bawang merah, putih dan halia. Bubuh air, carrot, cendawan, sup bunjut...lepas tu masukkan telur...senang je...

Jadi lapar sangat la pula perut ni sementara menunggu abang balik dari office. Rasa semangkuk kecil dulu, buat mengalas perut. Okey juga rasanya...yang penting berjaya memasak menggunakan periuk kacaku...

Sebenarnya dah lama mengidam nak periuk ni. Semuanya nak mengelakkan dapur dari berkecah...tapi memikirkan harganya yang boleh tahan mahalnya, maka dipendamkan sahaja sebab ia bukan dalam senarai keperluan, tapi lebih kepada kemahuan. 

Tapi alhamdulillah, bulan ni abang ada rezeki lebih kot, sebab ada banyak kawan kawan order pemanggang ajaib tu...kita pun nak minta beli sesuatu kena tengok  poket suami juga...kalau tak perlu sangat takkan ku minta. 

Akhirnya terima kasih abang kerana membelikan isterimu ini barang yang dah lama diidamkan. Ini satu lagi barang yang dah lama kuidamkan iaitu bekas kek yang sangat cantik.

Bekas ni juga dibeli dari Menangware...untuk meletakkan kuih muih lebih yang tak habis di makan. Supaya mudah dilihat oleh suami dan anak anak. Nanti kalau raya pun senang nak letakkan kek di dalam bekas ni..

Terima kasih sekali lagi buat suamiku yang sangat baik hati membelikan barang barang  ini buat isterimu.

 

No comments: