Bila hati terasa gundah

Petang ni siap key in markah untuk anak anak umur 6 tahun yang kukendalikan. Setelah dinilai, maka anakku telah mendapat no 5 sahaja. Terasa begitu gundahnya diri ini kerana anakku iaitu anak cikgu Senah tidak mendapat tiga tempat teratas.

Bukan tidak boleh menerima hakikat, kerana aku memang telah terlalu banyak melebihkan anak anak orang lain dari anakku sendiri..tapi dia sendiri tidak berhati hati ketika menjawab soalan...hanya seorang ibu yang tahu betapa hiba dan sedihnya hati ini kerana anak sendiri tidak mendapat keputusan yang baik..

Tapi sebenarnya ada sebab lain yang menyebabkan hati ini menjadi gundah..hari ini dah 5 hari period ku lewat....aduh..apakah ini tanda tanda!!!!!!!


Projek Raya 2013 dan keguguran


Raya tahun ni kurang serinya....pertama kerana di hari pertama, kami kehilangan adik ipar kerana barah usus yang kronik. Kami mendapat berita sejurus selepas menunaikan solat sunat hari raya....

Hari raya kedua balik ke Sungai Besar, singgah di rumah Batangkali untuk abang menunaikan solat jumaat. Seronok melihat pokok pelam berbuah yang di luar dan di dalam. Insyaalllah kalau ada rezeki buah yang di dalam pagar akan membesar.

Malam sabtu dah bertolak balik ke pj tanpa Nurin dan Najiha sebab esok abang dah start kerja. Hari ahad tu cuma kemas sikit sikit...mood nak mendekorasi belum mai lagi.....jadi sekadar buat frame kat mana yang nak kena deko dulu. Malam tu baru ada mood nak menurunkan langsir dan merendam......dengan bantuan Adylla, satu demi satu langsir diturunkan.

Esok subuh subuh abang dah basuh day curtain...abang kata tak payah la nak susah susah basuh langsir...tp mana boleh, dah setahun langsir tu tak berbasuh....habuk pun dah nampak sangat...malulah kalau orang datang beraya dan melihat habuk habuk di langsir tu...jadi, pagi isnin tu aku pun memulakan operasi merendam, memesin mengIRON dan menggantung balik langsir tu...takut tengah pasang adalah pula orang ketuk pintu nak datang beraya.

Dalam pada itu, persiapan juga dimulakan,basuh bekas kuih, basuh cawan dan vakum apa apa yang patut. Hari tu abang start puasa enam, aku tidak menyertai sebab nak buat operasi mendeko rumah. Dekat nak zohor jugalah operasi siap...

Esoknya, aku memulakan operasi memasang wall paper di bilik tidur....dalam keadaan 9 minggu pregnant....aku memijak bantal je untuk memasang wall paper tu kat kepala katilku yang sebenarnya cuma pelapik kayu katil...tak ada katil pun...setelah kupatahkan ketika mengandung Adylla...semuanya gara gara memasang langsir lah tu...masa tu kandungan ku dah 7 bulan...manalah kayu katil tu tak patah... beratku waktu tu dah dekat 92 kg...

Hari tu aku puasa....dekat pukul 4, selepas berehat sekejap...aku merasakan perutku agak panas...tapi sayang nak buka puasa sebab tinggal beberapa jam je lagi nak buka puasa...Bila tinggal 10minit nak buka puasa, aku terasa nak buang air...bila buang air, ada bleeding sikit...aku pun bagitau abang, muka abang nampak macam orang kecewa, tp dia buat tak tau je...

Selepas dari tu setiap kali buang air, darah akan keluar tapi dalam jumlah yang kecil. Esok pagi aku ke hospital...dan dirujuk ke Gynee selepas nurse tu bertekak lama dengan staff di sana...aku dah biasa dengan nurse tu, dia kata...ntah apa apa lah gynee ni, kalau tak nak terima dia nak hantar ke emergency je terus tak payah nak bising bising..aku pun lupa kes bleeding masa pregnant adalah kes kecemasan, jadi senang terus pi emergency je...

Di Gynee, dr check dan bagitau miss carridge (betul ke ejaan ni, rasa macam salah je)....kantung ada, tapi denyutan nadi dan jantung tak ada. by right bila dah 9 minggu ni dah ada nadi dan denyutan jantung..tp seem like there's no progress with your baby...macam tu lah kata dr tu...aku redha  je, sebab dah ada pengalaman sebelum ni..kalau dah bleeding tu, mesti ada masalah punya.

Dr kata kena tunggu dua minggu lagi untuk tengok progress..kalau tak ada, maknanya kandungan tidak dapat diselamatkan. Aku pasrah je...sebab kandungan ini tidak dirancang dan aku telah mind set bahawa apa apa yang berlaku akan ku terima dengan hati yang tenang.

Akhirnya semua projekku tergendala....dah tak boleh nak meneruskan projek mendeko...

Hari Isnin aku kesekolah seperti biasa, masa tuiysen tu terasa macam nak pitam juga tapi ku buat biasa je, tapi pagi tu aku dah mengangkat air yang mengandungi 10 liter air di dalamnya...aku fikir kalau aku tak buat, siapa lagi nak angkat air tu....esoknya, ketika dah siap nak ke sekolah, aku buang air besar dan standby menadah kalau ada apa apa yang keluar (seperti dinasihatkan oleh Dr)....tiba tiba keluar seketul daging, agak agak sebesar cokelat ferrero tu jelah...aku pun simpan dalam bekas dan bawa ke emergency...

Alamak dah penat lah nak tulis, cerita selanjutnya telah kuulas melalui post sebelum ini tentang keguguranku...jadi tengok je lah ye..(ada ke orang baca blog ni)...sebenarnya nak cerita tentang deko deko raya, dah jadi cerita keguguran lah pula...sorry lah ye..