Penyakit lupa lepas keguguran

Petang jumaat yang sejuk dek hujan renyai renyai membasahi bumi. Sekurang kurangnya hilang juga debu debu jerebu yang kembali menyerang negara kita. Malam ni ada sambutan merdeka, semoga semuanya berjalan dengan lancar dan tiada yg tidak diingini berlaku kepada anak anak muda melayu Islam.

Sebenarnya petang ni nak cerita tentang sifat kelupaanku yang semakin menjadi jadi sejak dua tiga hari ni....adakah ini  gara gara keguguran yang dialami dua minggu lepas. Besar kemungkinannya...sebab macam macam simptom dan kepelikan berlaku kepada diriku...atau mungkin ini tanda aku dah semakin TUA....mungkin agak keterlaluan kot nak kata tua, baru nak masuk ASAR mungkin lebih sedap didengar dan dibaca.

Tapi memang aku terasa dengan keadaan KELUPAAN ini....pi dapur nak ambil barang, bila sampai dapur, boleh lupa nak ambil apa...tak ke parah tu....ya ALLLAh, agaknya dah lama tak mengaji kot.....dah tak banyak berzikir dan mengingati kematian. Ya ALLAH, ampunilah hambamu ini..

Macamana ye nak menghilangkan sikap LUPA ini sebab umur baru je 42 tahun.....kena banyak asah minda dan otak lagi la nampaknya ni...
Gambar ni sebagai selingan je....sekadar menghayati keindahan ciptaan Ilahi..

G

No comments: