cerita parent.

Hari ni Ibu Mohd Akmal bercerita tentang 3 heronya..semalam ketika dalam perjalanan balik ke rumah, dua anak lelakinya bergaduh dalam kereta, sampai goyang goyang jugak la kereta. 

Dia perasaan orang belakang memperlahankan kereta sebab mungkin nampak anak anaknya bergaduh dalam kereta. Dua anak lelakinya, sorang darjah 5, sorang lagi tingkatan 1. Puncanya cuma mak ni terlebih cerita kat abang je, si adik jadi tak puas hati, akhirnya terjadi pergaduhan.

Akibat tidak tahan, mak Akmal nampak polis tepi jalan dan terus berhenti, dia cakap dengan polis tu...tolong lah encik, kalau encik nak tangkap anak saya ni, tangkap la....tak larat dah nak tegur diaorang ni...bergaduh dalam kereta. Si polis pun marah lah dengan hero hero mak Akmal....

Lawak pun ada juga dengan cerita mak Akmal ni, macam tu lah kalau ada hero hero.....bergaduh bukan main main, tumbuk betul betul punya...tahap macam nak membunuh, kata mak Akmal. Tapi yang lawaknya lagi, lepas setengah jam....diaorang boleh borak macam tak ada apa apa yang berlaku sebelum tu....

itu lah anak anak, tiada simpanan dendam dalam hati mereka. tapi begini rupanya ada anak lelaki, mungkin ini sebabnya Allah tidak mengurniakan anak lelaki kepadaku...mungkin kekuatan diriku belum teguh...seteguh mak Akmal...

Cerita tentang mak Akmal ni, dia memang super Mom sebab seawal 4 pagi bangun, rumah dekat Ampang. Tapi anak anak sekolah kat PJ....sekolah pula pagi petang. Mak Akmal pernah berkata....kereta akak ni dah jadi macam rumah dah..segala macam keperluan ada dalam ni, maklumlah rumah jauh, nak balik tak larat....maka sampai ke petang la mak akmal ni akan berada di PJ. Ulang alik kesana ke sini, hantar anak sekolah, kelas tambahan, kelas koko...macam macam lagi....kalau ada aktiviti sekolah insyaallah mereka sekeluarga mesti ada...  

Tabik spring lah dengan ibu ibu yang berkorban masa dan tenaga untuk anak anak macam mak Akmal ni...rasanya aku sendiri belum mampu untuk melakukan seperti itu..

  

  

No comments: