Cerita Taski lagi

Hari kedua kelas amat mencabar. Huzaimi masih dengan kerenahnya yang tidak tahu duduk diam, dia turun dan keluar masuk kelas sesuka hatinya. Tak larat dah nak menjerit...pesan cikgu Umi, jangan marah marah dalam bulan pertama ni, tapi tak boleh.....Huzaimi dengan kerenahnya, Ahmad Asyraf, Asyraf Syifaa' dan Akmal pula buat perangai pula hari ni, dia berlari dan memanjat dinding dan gril kelas.

Esok kena buat plan baru, nak letak meja kat tengah-tengah tu dan biarkan budak budak aktif tu di tengah tengah meja, biar mereka tak boleh keluar. Kalau tak jalan juga, nampaknya hari khamis kenalah cepat cepat buat jadual baru dan bagi Cikgu Azma pula handle kelas 6 tahun.

Apa pun, ini adalah cabaran buat cikgu kecil ini untuk memastikan semua pelajar dapat apa yang diajar. Minggu ni kena banyakkan aktiviti penulisan, sbb budak budak baru ramai yang masih belum mahir menulis, kena tunjuk satu persatu..tapi tak boleh nak buat lama lama.....seronok benar la budak budak yang aktif tu buat apa yang mereka suka... 

Semoga semuanya berjalan lancar esok hari buat diriku dan juga anak anak muridku yang baik baik belaka.....

No comments: