Tak ada tajuk

Malam ni malas nak buat kerja sekolah, walaupun sebenarnya ada banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan. Sudut-sudut Tunjang tak siap lagi, lembaran kerja tak siap lagi, Jadual belum sempurna, keceriaan kelas masih kabur lagi, Semalam bengkel Rancangan Pengajaran Harian kat Taski Ros berlarutan sampai pukul 3.00pm, balik terus terlena sampai pukul 7.-00 malam, nasib baik tengah cuti. Badan rasa tak berapa sihat dari pagi tu dah, entah apa puncanya, kurang pasti.

Malam tadi sampai pukul 4 am berjaga.....hari ni rasa macam nak tidur awal. Tak ada mood la nak menyiapkan kerja kerja yang berkaitan dengan sekolah, ADA SESUATU YANG TERBUKU dihati....tp biarlah hanya Allah yang tahu rahsia itu.

Hari ni baru selesai menyudahkan persiapan untuk persekolahan anak anak, baju pengawas Najiha dah beli, baju dah iron...kain Nurin dah jahit tangan sbb tak muat pinggang. Saiz dah beli yang paling besar, tp masih tak muat....Alamak,....buku dan bayaran sekolah Agama belum selesai lagi, hari hari asyik berumhtangga di sekolah je, hal ehwal anak anak pun terlepas pandang.

Malam tadi abang deman, selsema dan sakit tekak. Pagi tadi abang kena menghadiri perbarisan bulanan. Call banyak kali tak dapat, anak anak kat rumah dah kelaparan....rupanya abang tak habis perbarisan lagi, dari pukul 9.00 hingga dekat pukul 11.30am abang kena berdiri sepanjang perbarisan. Alhamdulillah tak ada apa apa yang berlaku. Anak anak tanya, abah ni demam tapi masih pergi kerja. Begitulah kuatnya semangat seorang anggota polis. 

Hari ni pula, mood hilang hanya kerana updated status seorang rakan FB yang berkaitan dengan politik. Sebagai warga yang demokrasi, biarlah parti mana pun yang dia nak sokong, tp rasa sedih bila terlalu taksub sampai pihak lain semuanya salah dan hina sehinanya. Apa faedahnya membuka akaun hanya untuk menunjukkan kebencian kepada pihak lain...dengan cemuhan, kutukan dan bahasa bahasa yang terlalu sedih untuk dibaca yang ditulis oleh seorang muslim kepada seorang muslim yang lain. Entah lah apa  nak jadi dengan dunia politik masakini. Semakin tidak faham dengan kehendak mereka ini.

Malam ni pula, Adylla buat projek menyolekkan ibunya yang tengah hilang mood. habis seputih putihnya muka ibu ni di touch up oleh Dylla....lepas tu dia tak bagi basuh, bila kata muka ibu tak cantik, dia marah...kakak kakak pula sibuk dengan bahsa Jepun, entah dari mana dapat kamus bahasa tu dari Internet, mereka belajar sikit sikit.....ok lah tu, belajar bahasa ketiga, mana tahu boleh mengikut jejak langkah Wawa belajar sampai ke Jepun....

Esok, kalau abang dah sihat ingat nak ajak pi buat projek kat sekolah. Nak pasang board untuk Sudut sudut Tunjang dan Biodata pelajar....kalau abang tak sihat, nampaknya hari Isnin la kena bertukang sendiri....sedih sedih, Salina pula tak ada hari Isnin. Tak best lah kalau dia tak ada, tak ada semangat nak buat apa-apa. Kalau dia ada, semangat tu rasa lain je...dia very supportive, walau tak pandai sangat, tp sentiasa berusaha untuk membantu apa yang  patut. 

 





No comments: