Hari ni abang bawa pi pameran buku di DBP yang menawarkan diskaun untuk buku-buku mereka. Habis lah juga dekat RM100 abang belanja beli buku. Terima kasih ye encik suami.
Petang pula kami pi sekolah, mendera abang untuk memasang board yang berat berat....ingatkan cikgu yatie datang, rupanya dia tak datang, jadi hanya kami je lah yang buat kerja...alhamdulillah abangku yang tersayang tu tak merungut. Itu cuma sebahagian kecil dari kerja yang tertunggak, ada banyak lagi tugasan yang perlu diselesaikan sebelum sekolah mula dibuka minggu depan. Ya Allah, permudahkanlah urusan cikgu kecil ini dalam usaha memberikan yang terbaik buat bakal anak anak murid kami nanti.
Malam ni hati terasa berbelah bagi, terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Ya Allah, kau tetapkanlah pendirianku, sesungguhnya aku sekadar mencurahkan sedikit dari ilmu yang ku ada demi mendidik anak bangsa untuk menjadi Insan yang soleh dan solehah...tp bila hatiku gusar dengan masalah itu,.....
Bilalah abang nak dipindahkan ketempat lain, hanya dengan alasan itu mungkin dapat kulari dari masalah kecil itu.....bestnya kalau abang dapat pindah, lebih lebih lagi pindah ke ruman sendiri di Batangkali. Tak sabar rasanya nak buat taman yang berbumbungkan pokok anggur, tak berbuah pun tak apa....buah palsu banyak, nanti akan kugantungkan dengan buah palsu...bestnya dapat bersantai di bawah pergola atau pondok kecil yang ada pokok anggur.
tapi entah bila akan dapat kurasai suasana sebegini....semoga dipercepatkan perpindahan abang kesana. Kalau tak dapat pindah ke Batangkali, pindahlah ke mana pun, lagi best kalau dapat rumah yang ada tanah. Dah bosan rasanya duduk kondo yang tinggi ni...nak bercucuk tanam pun tak menjadi je, mana taknya...matahari tak cukup, macamana la tanaman nak menjadi. Kalau jadi pun anak jiran yang baik sangat kat depan ni pula buat onar.....pantang ada daun mesti nak dipetiknya.
Jiran baik depan rumah ni pula, entah bila la nak pindah. Mimpi dia pindah dah banyak kali, tapi tak juga pindah pindah. Kalau dia pindah harap dapat la jiran yang boleh buat kawan. Rasa macam duduk dalam gua je, jiran depan rumah dah setahun tak berjumpa. Jumpa pun dia buat buat tak nampak kita je....apa la salah kita kat dia, agaknya dia marah kot, sbb hari sabtu atau ahad masa dia nak berehat tidur selepas subuh, kita sibuk dan memvacum rumah. Ye lah kita ni kategori pantang nampak habuk kat rumah, dia pula kategori langsir dekat 8 tahun tak basuh basuh. Asyik macam tu je paternnya, terlondeh sana sini, tak dibetulkan...tak rimas ke tengok benda macam tu....alamak dah kategori mengumpat ni..
ye lah macamana la jiran ni tak mengumpat, style dia keluar rumah...fuyooo, bukan main voguenya..dari baju, kasut sampailah ke handbag.....tp rumah....masyaallah...hanya tuhan yang tau...bukan kah rumah itu adalah Syurga bagi keluarga, kalau rumah tidak terurus....tak dapek den nak nolong....tp, bila tengok langsir rumah dia, rasa macam nak offer je, tolong basuh dan pasangkan langsir tu....
Sekian lah ceritaku malam ini. Banyak lagi kerja tak habis ni....Malam ni boleh la lanjut sampai pukul 3, 4 pagi lagi kuhabiskan kerja2 ku.....
Selamat malam.
No comments:
Post a Comment