Hari ni menghadiri mesyuarat dan bengkel untuk membuat jadual waktu dan Rancangan Pengajaran harian untuk tahun 2013..
Terpaksa mengeluh kerana baru mengetahui susah rupanya untuk merancang hanya sebuah jadual waktu untuk pelajar...walau hanya pelajar prasekolah. Ketepatan jumlah jam dan kesesuaian pengajaran mengikut tunjang dan Standard Pembelajaran Prasekolah Kebangsaan yang perlu dimabil kira.
Kemudian merancang pula rancangan pengajaran harian untuk 4 minggu bagi tahun 2013 yang bakal menjelang tiba. Bukan senang tau nak merangka RPH yang melibatkan pelajar prasekolah, lagi2 bagi kami yang baru je mengikuti kursus. Sebelum ni memang dah buat RPH, tp tidak menepati sepenuhnya seperti yang dikehendaki oleh SKPK...
Bosan pula nak cerita benda yang tidak semua orang tahu mengenainya. kecuali cikgu2 dan yang seangkatan dengannya.
Esok kami nak berangkat balik kg dan kemudian dan bercuti ke PANGKOR.....tp dalam minda masih ada item2 kerja sekolah yg masih berlambak. Nak bawa apa bahan yang boleh dibuat semasa bercuti, tp sebenarnya cuti itu untuk menghilangkan stress setelah selesai berkursus dan meneruskan tugas di sekolah. TAK ADA CUTI LANGSUNG...
OK...saya tidak akan mengeluh, kerana keluhan hanya akan menambahkan beban di kepala. Kalau ada masa, insyaallah idea yang dapat masa bercuti akan kulakarkan dan dibawa balik untuk menghadapi sessi pembelajaran 2013....
No comments:
Post a Comment