Hari ni dah selesai satu tugasan besar...lega rasanya. Walaupun komen kurang memberangsangkan tapi markah masih tinggi kata cikgu tu....yang belum sudah ialah exam hari Jumaat nanti, tp malam ni nak layan fb dgn blog je...malas nak baca buku. Esok baru nak study untuk exam.
Malam ni makan malam orang tak ramai dah...mungkin sebab ramai yang balik rumah atau celebrate berakhirnya tugasan hari ni..Bila tak ramai orang, makanan pun banyak la lebih...boleh la makan lama lama sikit...sambil sembang sembang dengan kak seri dan kak ros....bila balik bilik, tiga 3 orang tak bawa kad....kena pi kaunter registration minta kunci baru....hai, semangat tugasan dah habis, sampai kunci pun lupa nak bawa.
Semog malam ni boleh tidur dengan lena.....selamat malam.
No comments:
Post a Comment