Cerita Kursus lag

Alhamdulillah, malam tadi dapat tidur dengan lena, walaupun tanpa teman. Salina dapat MC kerana mabuk. Hari ni pakai baju kelabu hitam...tanda hati yang masih kurang berpuashati dengan pembentangan semalam. Rasa macam malas je nak turun kelas ni. Tapi sebagai tanda bersyukur kerajaan telah memberikan kursus secara percuma segala galanya, maka Insyaallah...tidak akan disia siakan ilmu yang akan diberikan oleh tenaga pengajar. MOOD akan di cari kemudian.

Hari ni mungkin akan pulang ke rumah kerana mak dengan anak anak akan datang dari kampung. Mudah mudahan petang ni tak hujan, kalau hujan, lambat lah sikit nak sampai rumah. Semoga semuanya dipermudahkan.

1 comment:

Aisyhah Nyais said...

Semangan seorang cikgu. Ewahh maklang. Thums up maklang. Teruskan berkarya panjang lebar~~ heehe